JENIS - JENIS KUCING DI DUNIA

          HI! Apa khabar guys...so kali ini saya nak share dengan anda jenis jenis kucing yang unik dan comel dalam dunia kita.Saya tahu dan beranggapan ramai di luar sana turut bersama saya adalah merupakan pencinta kucing sejati. Anda juga mesti menyimpan impian untuk memiliki kucing ini juga kan...



Jadi saya akan tunjukkan lima jenis kucing kegemaran saya daripada kebanyakan jenis kucing di dunia ini...

5. Norwegian Forest Cat


Jika anda suka memeluk kucing dengan bulu yang banyak tetapi mudah dipelihara maka kucing ini pilihan yang amat tepat. Kucing ini meski besar dan berotot tetapi memiliki sikap yang amat tenang dan penuh kasih sayang. Dengan bulu tebalnya yang mampu melindungi dari air maka kucing ini sepadan sebagai teman berjalan-jalan di alam terbuka.

4. Persian Cat


Bulu yang lebat dan  panjang menjadi ciri khas kucing persia. Selain itu, kucing ini amat popular di dunia kerana bulu dan hidung penyetnya. Tetapi ciri khas utama kucing ini adalah haiwan ini amat ramah dan  gemar dibelai pemiliknya.

3. Scottish Fold Cat



Kucing ini memiliki ciri khas di telinganya yang terlibat ke arah depan. Kucing scottish fold pertama adalah ditemukan pada 1961 di sebuah lombong. Kini kucing ini dikenal dengan telinganya yang terlipat. Namun begitu, bentuk telinga ini adalah hasil mutasi gen sehingga tak semua kucing scottish fold memiliki telinga terlipat.


2. Gray Tabby Cat



Nama "gray tabby" ini sebenarnya bukan merujuk pada jenis tetapi lebih kepada warna dan pola bulu kucing itu. Kucing ini, tentu juga boleh dibiakkan, tetapi jauh lebih baik jika kucing ini membiak secara semulajadi sehingga menghasilkan warna dan pola bulu yang menarik dan menggebukan.
1. Munchkin Cat


Kalau disebutkan nama 'munchkin cat' sudah pasti kucing ini terkenal dengan kaki yang lebih pendek berbanding kucing biasa serta badan yang panjang. Kucing Munchkin selalu juga disamakan dengan baka anjing Dachshund. Setakat ini, asal usul nama ‘munchkin’ tersebut tidak diketahui dan apa yang ada hanyalah teori yang mengatakan ianya diambil sempena watak munchkin dalam filem yang berjudul 'The Wizard of Oz'.

Jadi itulah beberapa jenis kucing yang amat comel dan terkenal di seluruh dunia...saya berharap anda juga dapat memiliki dalah satu daripada jenis kucing tersebut serta berjaya mencari kebahagiaan anda dengan kucing...Sekian dan Terima kasih...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips dan Amalan Gaya Hidup Sihat dalam Kehidupan Seharian