JENIS - JENIS KUCING DI DUNIA
5. Norwegian Forest Cat
Jika anda suka memeluk kucing dengan bulu yang banyak tetapi mudah dipelihara maka kucing ini pilihan yang amat tepat. Kucing ini meski besar dan berotot tetapi memiliki sikap yang amat tenang dan penuh kasih sayang. Dengan bulu tebalnya yang mampu melindungi dari air maka kucing ini sepadan sebagai teman berjalan-jalan di alam terbuka.
4. Persian Cat
Bulu yang lebat dan panjang menjadi ciri khas kucing persia. Selain itu, kucing ini amat popular di dunia kerana bulu dan hidung penyetnya. Tetapi ciri khas utama kucing ini adalah haiwan ini amat ramah dan gemar dibelai pemiliknya.
Kucing ini memiliki ciri khas di telinganya yang terlibat ke arah depan. Kucing scottish fold pertama adalah ditemukan pada 1961 di sebuah lombong. Kini kucing ini dikenal dengan telinganya yang terlipat. Namun begitu, bentuk telinga ini adalah hasil mutasi gen sehingga tak semua kucing scottish fold memiliki telinga terlipat.
Nama "gray tabby" ini sebenarnya bukan merujuk pada jenis tetapi lebih kepada warna dan pola bulu kucing itu. Kucing ini, tentu juga boleh dibiakkan, tetapi jauh lebih baik jika kucing ini membiak secara semulajadi sehingga menghasilkan warna dan pola bulu yang menarik dan menggebukan.
Kalau disebutkan nama 'munchkin cat' sudah pasti kucing ini terkenal dengan kaki yang lebih pendek berbanding kucing biasa serta badan yang panjang. Kucing Munchkin selalu juga disamakan dengan baka anjing Dachshund. Setakat ini, asal usul nama ‘munchkin’ tersebut tidak diketahui dan apa yang ada hanyalah teori yang mengatakan ianya diambil sempena watak munchkin dalam filem yang berjudul 'The Wizard of Oz'.
Jadi itulah beberapa jenis kucing yang amat comel dan terkenal di seluruh dunia...saya berharap anda juga dapat memiliki dalah satu daripada jenis kucing tersebut serta berjaya mencari kebahagiaan anda dengan kucing...Sekian dan Terima kasih...






Mioww🐈
ReplyDelete